09 October, 2012

INFO: Etiqa Online ~ RM1,000 Jika Meninggal Dunia

ARKIB : 12/11/2009

TAIPING 11 Nov. – Etiqa Insurans dan Takaful Berhad kini menawarkan perkhidmatan Etiqa Online iaitu pembayaran RM1,000 serta-merta kepada waris jika pelanggan meninggal dunia bagi menampung kos pengebumian.

Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa, Datuk Aminuddin Md. Desa berkata, bayaran itu boleh dituntut oleh ahli keluarga pelanggan terbabit dengan hanya satu panggilan telefon.

Kata beliau, skim tersebut membuktikan kesungguhan Etiqa membantu ahli keluarga pelanggannya mendapat bantuan di saat-saat yang memerlukan.

“Kemampuan Etiqa menawarkan produk takaful mikro itu akan membolehkan golongan berpendapatan rendah menyertai pelan perlindungan takaful dan mendapat perlindungan kewangan ketika mereka ditimpa musibah,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian pejabat Etiqa Insurans dan Takaful Berhad oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria di sini.

Etiqa menawarkan produk seperti perlindungan untuk individu, kenderaan, rumah dan isi rumah, perniagaan, produk berbentuk simpanan untuk pendidikan dan pelaburan serta insurans perubatan.

Aminuddin berkata, Etiqa yang dilancarkan dua tahun lalu setelah mengambil alih Malaysia Nasional Insurans Berhad (MNI) dan Takaful Nasional Berhad, menjanjikan perubahan kepada industri insurans dan takaful.

No comments:

Post a Comment