09 October, 2012

Insurans Hayat

Apabila bertanya kepada pemegang polisi insurans tentang mengapa mereka membeli insurans, jawapan yang sering diterima ialah; “Saya membelinya kerana hendak membantu kawan saya yang juga seorang agen insurans” ataupun “Saya rasa saya mesti mempunyai insurans kerana ramai orang lain mempunyai insurans” atau “Kerana saya malas melayan agen yang sering menelefon saya setiap hari” dan sebagainya.

Ini adalah senario dan kenyataan yang terjadi di Malaysia sekarang. Adakah ini salah ataupun benar? Walau bagaimanapun, semua orang berhak untuk mempunyai pandangan mereka sendiri terhadap insurans dan apa yang insurans dapat lakukan kepada mereka. Sekarang ini, insurans dicarum untuk sebab yang salah seperti yang tersebut di atas tadi. Pada hakikatnya, mencarum insurans bukan merupakan satu kesilapan tetapi kesilapan yang paling besar adalah tidak memiliki satu insurans pun. Dan ini benar apabila kita melihat kerajaan kita mula memperkenalkan Skim Anuiti, Skim Kesihatan dan memberi pelepasan cukai bagi yang memiliki insurans pendidikan dan insurans hayat.

Sekarang, tanyalah diri kita sendiri; apakah aset kita yang terpenting sekali dalam hidup kita? Jawapan bagi soalan ini selalunya adalah rumah saya, kereta saya, perniagaan saya dan pelaburan saya dan sebagainya. Namun, ramai yang tidak sedar akan kebolehan diri untuk mendapatkan sumber pendapatan. 

Cuba bayangkan apa yang akan terjadi jika seseorang itu kehilangan keupayaan untuk mendapatkan sumber pendapatan. Pendapatan mungkin terhenti tetapi tidak dengan perbelanjaan. Malahan dalam kebanyakan kes, perbelanjaan akan meningkat jika seseorang itu hilang keupayaan untuk mencari sumber pendapatan. Pada masa itu, siapakah yang akan menjelaskan bayaran ansuran rumah dan kereta, perbelanjaan keluarga, kos pendidikan anak-anak, bil-bil elektrik dan sebagainya. 

Kebanyakan orang membeli insurans untuk kereta, rumah, barang berharga yang lain tetapi tidak sedar akan kepentingan di atas keupayaan mereka untuk mendapatkan sumber pendapatan. Tanpa keupayaan tersebut, anda mungkin tidak akan memiliki rumah, kereta atau pun kehidupan yang mewah. Namun, kenapa tiada sesiapa pun yang melakukan sesuatu mengenainya.

Ramai yang beranggapan bahawa mereka membazirkan wang mereka untuk mencarum di dalam insurans hayat. Pada pendapat saya, mereka sebenarnya hanya memindahkan wang mereka dari bank ke syarikat insurans dengan perjanjian bahawa jika sesuatu bencana berlaku, syarikat insurans akan bertanggungjawab untuk menggantikan sumber pendapatan yang hilang. Oleh itu, kita tidak membeli insurans hayat tetapi membeli faedah-faedah yang mampu diberikan oleh syarikat insurans kepada kita. Yang paling penting sekali ialah insurans hayat boleh menggantikan keupayaan untuk mendapatkan sumber pendapatan. Dengan pendapatan, kita mampu memiliki rumah, kereta, membiayai pendidikan anak-anak serta memberikan kehidupan yang selesa kepada keluarga kita. 

Dalam hidup ini, tiada sesiapapun yang berani mengatakan bahawa tiada bencana yang akan berlaku kepada mereka dalam tempoh 10 atau 20 tahun yang akan datang kerana sesungguhnya Qada’ dan Qadar adalah ditentukan oleh Allah. Oleh itu, kita terdedah kepada risiko kehilangan keupayaan untuk mendapatkan sumber pendapatan pada setiap masa. 

Walaupun kita tidak boleh lari daripada risiko ini, namun kita masih boleh berusaha untuk mengurangkan bencana yang akan menimpa kita dengan cara mengagihkan risiko tersebut kepada syarikat insurans pada caruman yang minima dan caruman tersebut akan dikembalikan pada satu masa nanti jika tiada apa-apa yang berlaku. Jika kita memilih untuk menghadapi risiko tersebut seorang diri, maka kos yang akan ditanggung adalah amat besar. 
Kesimpulan yang dapat dibuat adalah: 
  1. Kita bukan membeli insurans, tetapi membeli perkhidmatan yang ditawarkan.
  2. Aset yang paling penting adalah keupayaan untuk mendapatkan sumber pendapatan.
  3. Tanpa keupayaan ini, kualiti kehidupan yang dirasai tidak akan kekal.
  4. Oleh itu, anda mesti menjaga aset yang terpenting iaitu; ANDA SENDIRI.
Oleh itu, jangan lupa bertanya kepada agen anda akan faedah insurans hayat dan apa yang ia dapat lakukan untuk anda dan orang yang tersayang. Pastikan juga anda mendapat khidmat daripada agen yang bertauliah dan berdaftar dengan syarikat insurans pilihan anda untuk mengelakkan daripada sebarang kekeliruan. Pilihlah produk yang sesuai dan menepati keperluan anda supaya ia dapat memberi manfaat yang optimum kepada anda dan keluarga anda. 
Sumber Dari : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna

My Metro: Hanya 41 Peratus Miliki Insurans Hayat


KUALA LUMPUR: “Setakat ini hanya 41 peratus rakyat di negara ini memiliki insurans hayat. Ini menunjukkan tahap kesedaran mereka mengenai pentingnya insurans masih kurang,” kata Presiden Persatuan Insurans Hayat Malaysia (PIHM), Md Adnan Md Zin (gambar), yang melahirkan rasa kebimbangan terhadap kurangnya kesedaran rakyat Malaysia untuk membeli insurans hayat.

Katanya, daripada 28 juta rakyat negara ini, hanya 11 juta daripada mereka memiliki insurans hayat. “Daripada 11 juta kita mendapati 30 peratus atau hanya 3.3 juta pembeli adalah orang Melayu. Ini juga bermaksud bahawa kesedaran orang Melayu untuk membeli insurans hayat berada di tahap yang membimbangkan,” katanya ketika hadir ke pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), di sini, bagi mengadakan hubungan kerjasama mengenai kepentingan insurans, semalam.

Difahamkan, PIHM akan menyumbangkan artikel mengenai kepentingan insurans kepada akhbar Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times (NST) seminggu sekali selama 15 minggu bagi memberikan kesedaran kepada pembaca mengenai keperluan insurans.

Artikel ini disiarkan pada : 2011/03/26

INFO: Etiqa Online ~ RM1,000 Jika Meninggal Dunia

ARKIB : 12/11/2009

TAIPING 11 Nov. – Etiqa Insurans dan Takaful Berhad kini menawarkan perkhidmatan Etiqa Online iaitu pembayaran RM1,000 serta-merta kepada waris jika pelanggan meninggal dunia bagi menampung kos pengebumian.

Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa, Datuk Aminuddin Md. Desa berkata, bayaran itu boleh dituntut oleh ahli keluarga pelanggan terbabit dengan hanya satu panggilan telefon.

Kata beliau, skim tersebut membuktikan kesungguhan Etiqa membantu ahli keluarga pelanggannya mendapat bantuan di saat-saat yang memerlukan.

“Kemampuan Etiqa menawarkan produk takaful mikro itu akan membolehkan golongan berpendapatan rendah menyertai pelan perlindungan takaful dan mendapat perlindungan kewangan ketika mereka ditimpa musibah,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian pejabat Etiqa Insurans dan Takaful Berhad oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria di sini.

Etiqa menawarkan produk seperti perlindungan untuk individu, kenderaan, rumah dan isi rumah, perniagaan, produk berbentuk simpanan untuk pendidikan dan pelaburan serta insurans perubatan.

Aminuddin berkata, Etiqa yang dilancarkan dua tahun lalu setelah mengambil alih Malaysia Nasional Insurans Berhad (MNI) dan Takaful Nasional Berhad, menjanjikan perubahan kepada industri insurans dan takaful.

03 October, 2012

MENGAPA FATWA MENGHARAMKAN KITA MENGAMBIL INSURAN KONVENSIONAL, APAKAH HUJAHNYA??


Assalamualaikum w.b.t…


Selawat & salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarganya da sahabat handai….

Sebelum memulakan isu ini, ada baiknya saya menceritakan sejarah kisah saya sebelum ini yang sangat berkaitan dengan tajuk kita ini. 5 tahun dulu saya adalah seorang Agent Insuran untuk AIA. Sebuah syarikat insuran yang besar dan mempunyai produk yang sukar ditandingi lain syarikat insuran. Saya selalu juga mendengar akan isu halal haram ini. Namun saya tidak pernah mengambil tahu akan hal ini. Bagi saya ianya adalah satu tektik wakil2 takaful untuk mencari pelanggan. Pada saya, ianya seolah merampas rezeki orang lain atau periuk nasi agent konvensional. Ada juga beberapa client saya yang terminate polisi AIA untuk ke Takaful.dan ada juga yang ramai didatangi wakil takaful. Namun mereka tidak berganjak kerana mereka hanya percayakan saya dan suka akan service saya. Mereka setia dengan saya. Dahulu pada saya, Insuran ni diambil bergantung pada niat. Niat kita baik,tidak salah rasanya. Bagi saya insuran umpama sebilah pisau.jika pisau itu digunakan untuk memotong sayur.ianya tidak berdosa. Jika ia digunakan untuk membunuh orang.maka berdosa lah.

Namun pada suatu hari, saya pergi menghadiri kursus perkahwinan di Setiawangsa. Pada hari Ahad pagi sebelum bermula kursus. Ada satu presentation daripada seorang ustaq. Ustaq ini daripada Etiqa Takaful. Beliau menceritakan adanya fatwa tentang pengharaman Insuran konvensional ini. Saya baru tahu. Namun saya masih lagi sedikit berkeras. Saya masih pertahankan prinsip saya berkenaan Insuran Konvensional. Kerana itu rezeki saya. Namun entah macamana, suatu hari selepas saya mengaji quran sesudah solat isyak. Hati saya terdetik. Benarkah apa yang saya lakukan sekarang?jika betul insuran itu haram.maknanya rezeki saya datangnya daripada sumber yang haram. Saya juga menjadi agent yang mengajak umat islam kearah sesuatu yang haram.saya terus menunaikan solat istikarah. Pada malam tidurnya, saya terjaga. Saya masih memikirkan perkara itu. Saya lantas mengambil air sembahyang dan solat tahajud dan sunat. Saya bertafakur sebentar. Akhirnya saya mengambil keputusan bahawasanya saya perlu membuka minda saya. Menenangkan hati saya. Dan memberi keadilan kepada isu ini. Lantas saya membuat research dan kajia berkenaan hal ini. Saya cari di internet. Saya rujuk website JAKIM. Saya ke JAKIM bertanya. Berjumpa ustaq2 dan sebagainya.

Akhirnya bermula dari itu, saya nekad untuk bertukar ke Takaful. Saya sanggup meninggalkan AIA jika ia memberi manfaat dan keredhaan Allah SWT kepada saya dan saudara sesama islam yang lain. Saya lantas mendaftar di Etiqa Takaful. Sebelum itu saya membuat juga kajian berkenaan syarikat2 takaful di Malaysia. Kerana untuk ini saya perlukan yang terbaik. Kemudian saya menghabiskan 1 bulan lebih untuk belajar produk dan sebagainya di Etiqa Takaful. Kemudian saya menghubungi client2 saya memohon maaf atas kesilapan saya dahulu dan menerangkan kenapa saya bertukar ke Takaful. Alhamdulillah ramai yang bertukar ke Takaful.

Sebenarnya apa yang menyebabkan Insuran itu HARAM. Ada banyak faktor sebenarnya setelah lama saya mengkaji dan meneliti. Sebagai pembukaan saya paparkan di sini fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan :

• Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan kali ke-16 pada 15-16 Februari 1979 memutuskan Insuran Nyawa ( Konvesional ) sebagaimana dikendalikan kebanyakan syarikat insuran adalah HARAM dan sebagai suatu muamalat yang fasad kerana akadnya tidak sesuai dengan prinsip islam iaitu : Mengandungi unsur Gharar ( ketaktentuan ), Mengandungi Unsur Judi,Mengandungi Muamalat Riba dan Maisir.

• Kesatuan Fiqh Islam ( Majma’Fiqh ) yg dianggotai oleh ulama dari seluruh dunia islam yang diasaskan oleh Persidangan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) dalam mesyuaratnya di Jeddah pada 22-28 Disember 1995 memutuskan selepas mengkaji semua jenis dan bentuk insuran,bahawa ianya mengandungi unsur Fasid dan HARAM

Apa yang menjadikannya haram?? Insuran adalah sesuatu peniagaan yang diniagakan oleh Syarikat Insuran. Oleh itu ia melibatkan proses jual beli. Factor ini yang membezakan dengan Takaful dan menjadikan ia HARAM. Takaful dapat lari dari unsur2 HARAM ini kerana Takaful bukan proses jual beli. Nanti saya akan terangakn berkenaan apa itu Takaful dalam posted seterusnya bila kelapangan.

INSURAN MENGANDUNGI UNSUR GHARAR

Jelas di dalam sabda Rasulullah SAW dalam hadith sahih Baginda melarang jual beli yang mengandungi unsur Gharar ( riwayat Muslim ).
Gharar bermaksud Ketidakpastian atau ketaktentuan. Dalam transaksi muamalah ia membawa maksud "Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain".

Menurut ibnu Rush pula "Kurangnya maklumat tentang keadaan barang (objek), wujud keraguan pada kewujudkan barang, kuantiti dan maklumat yang lengkap berhubung dengan harga. Ia turut berkait dengan masa untuk diserahkan barang terutamanya ketika wang sudah dibayar tetapi masa untuk diserahkan barang tidak diketahui".
Ibn Taimiyah pula mengatakan "Apabila satu pihak mengambil haknya dan satu pihak lagi tidak menerima apa yang sepatutnya dia dapat".

Al-Gharar ditakrifkan dalam Kitab Qalyubi wa Umairah menyatakan Mazhab Imam Al-Shafie mendefinasikan gharar sebagai: "Satu (aqad) yang akibatnya tersembunyi daripada kita atau perkara di antara dua kemungkinan di mana yang paling kerap berlaku ialah yang paling ditakuti".

Prof Madya Dr. Saiful Azhar Rosly menyatakan:
"Gharar yang dimaksudkan dalam perbahasan sah atau tidak sesuatu kontrak itu merujuk kepada risiko dan ketidakpastian yang berpunca daripada perbuatan manipulasi manusia mengakibatkan kemudaratan ke atas pihak yang dizalimi. Umpamanya dalam jual beli kereta terpakai, pembeli tidak diberitahu tentang keadaan sebenar kenderan tersebut. Setelah selesai perjanjian jual beli, gharar dalam objek jual beli itu boleh dijadikan alasan membatalkan kontrak. Ini kerana gharar itu terhasil daripada perbuatan zalim yang disengajakan".

Kenapa ia mengandungi Gharar??. Antaranya :

• Sekiranya tidak berlaku sesuatu musibah, maka wang premium yang dibayar hangus. Memang ada sesetangah syarikat insuran yang mempunyai pelan sebegitu. Walaupun saya dahulu tidak pernah menjualnya. Namun ia tetap syubahat. Ia bertepatan dengan Gharar di mana satu pihak mendapat keuntungan dan satu pihak lagi tertindas.
Dalam insuran terdapat unsur barang yang tidak jelas. Terdapat syarat sah jual beli dalam islam. Jika salah satu dilanggar, maka jual beli itu tidak sah. Ini kerana barang yang dijual ( Ma’kud Alaih ) tidak jelas. Apa yang menjadikan ia haram kerana ketidak jelasan barang itu. Dan syarat barang yang ditetapkan syarak tidak dapat dipenuhi seperti :
[a] Barang tersebut dapat diserahkan dalam majlis akad.
[b] Masa penyerahannya telah ditetapkan.
[c] Barang tersebut telah ditentukan jenis dan kuantitinya.
[d] Tempat untuk diserahkan barang telah ditentukan.
[e] Bukan barang yang mengandungi unsur-unsur najis dan dilarang Syarak.

Sekarang yang menjadikan ia HARAM adalah [b]..Insuran adalah menjual jaminan kewangan. Jaminan kewangan berkaitan risiko. Oleh itu barangnya adalah risiko. Sekiranya berlaku risiko, dapatlah pampasan. Jika tidak, tiadalah. Setengah akan dapat simpanan dan ada juga hangus. Permasalahannya sekarang risiko kita tidak tahu bila akan berlaku. Esok ke? Lusa ke? Minggu depan ke? Sama seperti kita beli perabot. Tauke kedai akan cakap dia kana hantar lusa atau esok. Maka jual beli itu sah kerana walaupun jual beli itu bertempoh. Tempohnya diberitahu yang mana bila kita akan mendapat barang itu. Itu mengandungi unsur Gharar. Dan ia juga melanggar syarat jual beli.oleh itu jual beli itu tidak sah. Maka ia haram.
Juga menimbulkan Gharar bila pemegang polisi juga kadang2 ragu2..dapat ke claim nanti?kalau meninggal anak bini aku akan dapat ke RM200K yang dijanjikan?

INSURAN MENGANDUNGI RIBA

Riba ini juga banyak yang menjadikan Insuran HARAM. Namun ramai antara kita hanya memahami Riba terjadi apabila ada interest. Seperti Insuran Konvensional, kita boleh membuat pinjaman melalui polisi yang ada. Ada juga agent atau syarikat menggalakkan membuat pinjaman ini. Bila hendak bayar, kena interest. Maknanya ia Riba. Semasa saya Agent Konvensional dahulu. Saya hanya mengatakan tidak perlulah membuat pinjaman. Makan Riba dapat dielakkan. Lagipun jika dikira interest. Pinjaman rumah, pinjaman beli kerete, kad kredit juga mempunyai interest. Susahlah nak hidup. Tetapi sebenarnya kita sebagai islam mempunyai pilihan. Kita ada pinjaman secara islam. Jadi wajib kita elakkan riba itu. Namun ada juga mengatakan sama sahaja dgn pinjaman islamik. Cuma tukar nama sahaja.interest kepada upah. Sebenarnya ianya lain. Makna nama dan cara diuruskan membawa maksud lain.

Selepas saya membuat kajian dan study.rupanya bukan riba itu sahaja yang terdapat dalam Insuran. Ia berlaku kerana jika ditimpa musibah. Syarikat Insuran akan membayar pampasan. Maknanya jual beli ini melibatkan Wang dengan Wang. Dan dengan jumlah yang berbeza. Nabi SAW mensyariatkan apabila kamu bermuamalah dengan dua item ribawi yang sama jenis ( contoh Insuran adalah Wang dengan Wang ), mestilah dengan syarat :
• Sama timbangan
• Sama Nilai
• Diserahkan ketika Mua’malah dilakukan

Syarat in bersumberkan dari hadith :
Mafhum : Jgn kamu jual emas dgn emas kecuali bersamaan nilaian dan timbangannya, jgn kamu melebihkan salah satu darinya di atas yg lain..” ( Al-Bukhari & Muslim)

يبت لا ءاوسب ءاوس لثمب لاثم نزوب انزو لاإ قرولاب قرولا لاو بهذلاب بهذلا اوع )ملسم(

Mafhum : Jgn kamu jual emas dgn pulangan emas, perak dgn pulangan perak kecuali (mestilah ia) dlm timbangan yg sama, nilaian yg sama.

Ia dinamakan RIBA AL-FADL. Riba ini HARAM di sisi syarak. Kerana anda membayar premium bulanan RM200. Jika meninggal anda dapat RM200,000 contohnya. Penyakit kritikal RM70,000 contohnya. Maka ia ada perbezaan nilai. Ini dinamakan Riba juga.
Keduanya pula apabila berlaku penangguhan dalam 2 item ribawi ini. Ini kerana syarikat Insuran akan membawa Wang pampasan selepas berlaku musibah. Ini dinamakan RIBA AN-NA’SIAH. Jelas sekali kontrak Insuran Konvensional tidak dapat lari daripada Riba ini. Maka ianya HARAM.

Perlu disedari bhw insuran biasa yg byk terdpt di Malaysia hari ini adalah bersifat perniagaan (Takmin Tijari) yg mana, syarikat insuran mengganggap usaha mereka adalah sbg satu perniagaan yg bertujuan mencari keuntungan. Oleh itu ia secara jelas kontrak yang dipersetujui oleh pencarum dan syarikat adalah termasuk katergori Aqud Mu’awadah Maliah (Kontrak Pertukaran Harta) dgn cara Perniagaan. Semua kontrak yg terlibat dgn item ribawi mestilah menjaga 3 syarat yg disebutkan dia atas tadi. Jika tidak ia akan jatuh ke hukum Riba yg diharamkan.

Riba juga jelas berlaku apabila wang kutipan premium ( Pool ) itu diniagakan untuk mendapat keuntungan dan memaksimum kan Pool tersebut. Dan kita ketahui syarikat Insuran tidak mempunya panel syariah. Maka wang itu dilaburkan di tempat-tempat yang bercampur2 antara halal dan haram. Saya pernah melihat pemegang saham dalam Carlberg, Magnum, Toto, Anchor dll adalah syarikat-syarikat Insuran. Maknanya kita sebagai umat islam menyumbangkan modal untuk perniagaan haram itu!

INSURAN MENGANDUNGI MAISIR ( JUDI )

Judi jelas diharamkan didalam Islam dan Al-Quran. Tanpa dakwa dakwi lagi. Insuran mengandungi unsur ini kerana ia memperjudikan nasib samaada berlaku musibah atau tidak. Jika musibah berlaku, Kita akan mendapat pampasan yang lumayan & dikira untung. Inilah Judi yang dimaksudkan. Maka kita mengharapkan dengan caruman yang nilai rendah, akan dapat pampasan nilai yang tinggi selepas musibah berlaku.

Bagaimanapun, Prof Mustafa Zarqa menolak unsur ini terdapat dalam Insuran. Katanya Insuran adalah sistem yang tegak atas dasar mahu membantu dan mengurangkan beban manusia. Namun ia disanggah oleh Syeikh Muhd Abu Zuhrah serta Dr. Muhd Baltaji dan ramai lagi ulamak serta Profesor islam lain dengan alasan Insuran diwujudkan atas dasar perniagaan mencari keuntungan. Dan niat membantu tiada didalamnya.
Ia seperti anda menikam TOTO. Ia jelas haram. Tikam RM10 dapat RM10,000 contohnya jika menang. Sama juga seperti Insuran. Anda membayar RM100 sebulan, jika berlaku sesuatu anda dapat RM100,000 contohnya. Ia jelas Judi. Cuma dari konteks atau sudut berlainan. Nama ianya sama.

Itulah antara penyebab2 yang mengharamkan Insuran. Banyak lagi perbincangan2 dan muktamar2 yang diadakan siseluruh dunia terdiri daripada bijak pandai, mufti2, cendiakawan islam dll memperbincangan aka hal ini. Kita sekarang mempunyai pilihan iaitu Takaful. Dahulunya saya menyangkaka Takaful juga sama dengan Insuran. Cuma mereka mengubah sesetangah perkataan sahaja dan juga meletakkan akad jual beli. Sebenarnya ia jauh berbeza.

Saya hanya menerangkan secara ringkas sahaja disini berkenaan perbezaannya. Saya akan terangkan terperinci dalam posted seterusnya. Insuran adalah penanggung risiko. Contohnya katakana saya tauke Insuran. Anda datang berjumpa saya. Meminta sekiranya sakit,meninggal anda mahu RM200,000. Saya kata okay. Tapi bulan2 anda kena bayar saya RM200 sebulan. Ini menyebabkan ia HARAM. Tetapi macamana pula dengan Takaful. Takaful adalah pengendali risiko. Ia berbeza.operasinya berbeza. Sebab tu kalau insuran kita cakap beli insuran. Tetapi Takaful menyertai Takaful. Agent cakap saya jual Insuran kat orang. Wakil Takaful cakap ajak orang menyertai Takaful. Orang yang jual Insuran di panggil Agen Insuran. Orang yang mengajak Orang menyertai Takaful dipanggil pula Wakil Takaful…berbeza..kenapa berbeza…??

Takaful sebenarnya tidak melibat unsur jual beli. Saya berikan contoh. Katankan saya, anda dan 8 orang lagi kawan2 kita. Katakana Insuran tiada di Malaysia. Kita berbincang..jika saya sakit esok2 perlukan kos perubatan bagaimana? Mana tahu masa tu saya tiada duit?bagaimana pula jika si A kematian suami. Apa kana jadi pada dia? Apa jadi si C meninggal dunia.bagaimana isteri dan anak2 mahu meneruskan hidup. Jadi kita berpkat seperti main kutu. Kita pakat sedekah dan simpan RM100 seorang sebulan.maka 10 orang kita dapat RM1000 sebulan. Tetapi siapa nak uruskan. Jadi kita cari rakan ke-11 yang dipercayai. Contohnya Ali. Kita lantik Ali jaga. Maka tiap2 bulan kita sedekahkan ke dalam tabung yang dijaga oleh Ali. Tetapi Takkan Ali nak buat kerja FREE. Jadi kita bagi upah. Kita ckp Ali,tiap2 bulan daripada RM100 kau ambillah RM10 sebagai upah ko jaga. Sekiranya ko pandai melabur atau berniaga. Gunakan tabung itu.gandakan ia. Keuntungan kita bahagi sama rata. Maka disini Ali itulah Takaful.

Sebab itu apabila menyertai Takaful, wakil diingatkan supaya menjelaskan kepada peserta bahawa ini adalah sedekah. Maknanya sapa ambil Takaful dapat pahala. Kata hari ni kita simpa RM100. Esok ada peserta lain walaupun tak kenal meninggal, maka Takaful akan mengambil wang dari Tabung itu diberikan kepada waris Arwah. So kita pun dapat pahala. Maknya pahala ini berterusan. Tetapi ada juga pertikai kenapa ada syarat. Simpan banyak ni, manfaat sebegini. Sebenarnya ia bukan isu besar. Takaful hanya nak meletakkan keadilan kepada semua peserta. Jika tidak ramailah yang diabetic, yang sakit kritikal mengambil peluang dalam Takaful jadi ia menganiaya peserta lain. Oleh itu lah Takaful dapat mengelak daripada unsur Gharar, Maisir dan Riba tadi. Wallahu A’lam…

Sekian, Terima Kasih

Dipetik dari artikel: saifulgomez.blogspot.com

12 April, 2010

MENGAPA KITA PERLUKAN PERLINDUNGAN TAKAFUL???

Mengapa kita semua perlukan takaful? Apakah pentingnya takaful sehingga ia perlu dimiliki oleh mereka yang berkemampuan?
Setiap orang mempunyai liabiliti (tanggungan/beban/hutang) yang tersendiri. Semua liabiliti itu boleh kita tanggung sekiranya kita memiliki badan yang sihat dan boleh bekerja.
Kita bekerja untuk memperolehi pendapatan. Pendapatan itu kita gunakan untuk menyara hidup kita. Bagi yang berkeluarga, pendapatan itu akan digunakan untuk menyara keluarga mereka. Dengan pendapatan yang diperolehi itu juga kita membayar untuk perkara lain seperti kereta, rumah, pendidikan, kiriman kepada ibu bapa dan banyak lagi....
Semua perkara itu memerlukan wang...Untuk mendapat wang kita perlu bekerja...Untuk bekerja kita mestilah mampu bekerja ataupun sihat.
Itu sekiranya kita sihat dan mampu bekerja...Bagamaimana jika kita sakit, tidak berupaya, lumpuh atau pun mati.....?
Siapa nak bayar ansuran kereta?

Siapa nak tanggung belanja keluarga?

Siapa nak bayar sewa rumah?

Siapa yang nak bayar yuran sekolah anak?

Siapa nak tanggung mak ayah?
Hutang kita yang banyak siapa yang tak tanggung?

seribu satu persolan lain yang tentunya membebankan akan timbul....
Bila sakit datang, kerja tak boleh dibuat. Bila tidak kerja, tiada pendapatan.....Tiada pendapatan, belanja yang lain turut tertunggak.....Bagaimana hendak dilunaskan semuanya jika kita sakit tak berupaya. Atau bagaimana waris hendak melunaskan semuanya sekiranya kita sudah mati? Keadaan ini akan menyusahkan orang di sekeliling kita. Lebih-lebih lagi jika kita adalah punca pendapatan untuk keluarga.
Kereta ditarik.

Wang simpanan habis (untuk bil perubatan yang tinggi)

Dihalau keluar rumah (sewa tak bayar).

Anak-anak berhenti sekolah.

Ditinggalkan keluarga.

Waris (keluarga) merempat.

Itu antara perkara BENAR yang sering terjadi kerana kecuaian terlepas pandang tentang hal perlindungan......
Sekiranya seseorang itu mengambil pelan takaful, mereka/waris akan mendapat sejumlah wang pampasan sekiranya berlaku keilatan kekal (seperti lumpuh) dan juga berlaku kematian. Pampasan bergantung kepada jumlah yang telah setuju untuk disumbangkan dalam pelan takaful.
Tambahan, pelan takaful ini juga merupakan salah satu cara untuk menabung dan menyimpan duit dalam jangkamasa yang panjang. Peserta akan mendapat nilai simpanan dalam akaun peserta setelah sampai tempoh matang.

Pelan takaful keluarga boleh didapati di pasaran dengan sumbangan serendah hanya RM 50 SEBULAN!!!!
****Dengan tawaran yang murah ini pun masih ramai yang lokek duit, kedekut dan sombong....

Tiada seorang pun di dunia ini boleh menjamin dia akan terus sihat sepanjang masa.

Tiada seorang pun yang tahu saat dan detik kematian mereka.
Oleh itu jangan sombong dan angkuh berkata "aku tak perlu semua ni"...
Jangan bertangguh mencari seribu satu alasan untuk mengelak.
Kelak yang rugi adalah diri sendiri.
Jangan nanti sudah sakit tak bergerak, baru tergerak hati mahukan takaful. Bila sudah sakit teruk tidak ada lagi syarikat takaful, mahupun insurans yang mahu menerima permohonan kita....Risiko untuk kita mendapat sakit dan MATI sudah semakin tinggi.....
Sudahlah sakit tak bergerak, duit tak ada, makanan tak cukup, keluarga susah, anak-anak susah, pendidikan anak-anak turut terabai. Kalau ada yang mahu membantu, syukurlah...Tapi hari ini siapa yang sudi membantu, banyak mana yang mampu dibantu. Orang lain ada beban masing-masing yang perlu ditanggung dan diutamakan...

Sebarang pertanyaan boleh segera hubungi kami di no. :-

019-652 0811 (Azmi)