Berikut adalah soalan-soalan yang sering dikemukakan oleh orang-ramai berkaitan Takaful:
1. Apakah maksud TAKAFUL?
Takaful mengikut definisinya ialah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin-menjamin dan tolong - menolong dalam bentuk material antara satu sama lain atau di antara kumpulan, dalam saat-saat ditimpa malapetaka. Perjanjian ini juga menetapkan setiap pihak telah memberi persetujuan terlebih dahulu mengenai bentuk sumbangan yang kelaknya akan dimanfaatkan untuk kepentingan bersama. Skim Takaful berasaskan sistem perundangan Islam (Syariah) yang menggabungkan konsep saling bekerjasama, lindung-melindungi dan saling bertanggungjawab dan dilaksanakan secara bersepadu. Ini menampilkan keindahan Islam itu sendiri di mana sistem takaful ini dianggap lebih praktikal berbanding dengan insurans konvensional yang tidak dibenarkan di dalam Islam. Idea untuk mewujudkan sistem takaful ini lahir daripada masyarakat Islam yang ingin menghayati kehidupan berdasarkan perundangan Islam.
Kesedaran ini juga bersemarak melaluli gerakan yang dipelopori oleh 'Mujaddid' Islam (reformist) di abad ke sembilan belas dan abad ke dua puluh yang menekankan bahawa Islam itu bukan sahaja mencakupi peraturan dan prinsip-prinsip yang melibatkan ibadah dan 'munakahat' (perkahwinan ), tetapi merupakan satu cara hidup yang lengkap (nizamul hayah) termasuklah yang melibatkan transaksi perniagaaan.
Konsep insurans konvensional masih belum mendapat persetujuan menyeluruh daripada para ulama samada ianya adalah halal ataupun haram. Memandangkan insurans konvensional yang diamalkan sekarang tidak wujud semasa zaman Nabi Muhammad S.A.W. 'ijtihad' digunakan untuk menentukan samada insurans adalah halal atau sebaliknya. Di kalangan ulama yang mengatakan insurans itu haram, terdapat percanggahan pendapat di antara mereka mengenai sebab-sebab mengapa insurans itu haram.
2. Apakah perbahasan para ulama yang mengatakan bahawa insurans itu halal?
Para ulamak yang berpendapat bahawa insurans adalah dibenarkan (halal) berkata insurans adalah kontrak moden dan tiada nas mengenainya. Sekiranya tiada nas, ianya adalah sesuatu yang diharuskan (mubah). Perbahasan mereka adalah berdasarkan kepada kaedah Fiqah bahawa Kedudukan perundangan yang asal mengenai sesuatu perkara adalah dibenarkan sehingga terdapat bukti yang menegahnya. Kaedah Fiqah ini adalah berasaskan Al-Quran dan ayat yang berkaitan adalah seperti berikut:-
"Dan Dia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadaNya; (Surah al-Jathiyah : 13)
Para ulamak ini juga mendakwa bahawa insurans adalah kontrak yang membawa kepada
maslahah' (kepentingan awam) kepada peserta (insured). Tanpa insurans misalnya, keluarga terdekat seseorang akan menanggung beban penderitaan yang teramat sangat selepas kematiannya, Para ulama turut menambah bahawa adat dan kebiasaan (uruf) menjadi asas kepada amalan insurans.
3. Mengapa insurans konvensional diharamkan?
Mengikut Syariah Kontrak Insurans komersial konvensional adalah diharamkan atas sebab-sebab berikut:-
[a] Gharar
''Gharar' diambil daripad perkataan Arab yang bermaksud ketidaktentuan (tidak jelas) . Menurut para ulamak "gharar" ditafsirkan sebagai kontrak di mana hasilnya tidak diketahui atau tersembunyi atau salah satu dari kemungkinannya di mana kejadian yang kerap berlaku adalah yang lebih dikhuatiri. Kontrak insurans konvensional ialah kontrak jual-beli di mana peserta membayar harga (premium) dan penyedia insurans menawarkan pampasan. Di dalam kontrak jual-beli elemen gharar yang boleh membatalkan kesahihan sesuatu jual-beli adalah dibenarkan.
Ayat Quran yang bermaksud:-
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri". (an-nisa':29)
Walau bagaimanapun "barang" (subject matter) di dalam kontrak adalah diperlukan dalam menentukan kebenaran kerana adalah tidak logik untuk mengatakan yang seseorang memberi kebenaran tentang sesuatu yang ia tidak tahu. Terdapat empat jenis gharar yang telah dikenalpasti oleh ulamak kita. Antaranya:-
i. Gharar di dalam hasil pertukaran
Apabila kontrak dibuat, tidak kira, penyedia insurans atau peserta, mengetahui tentang hasil kontrak tersebut. Peserta tidak tahu dengan jelas samada ia akan mendapat pampasan atau tidak sebagai pertukaran kepada premium yang dibayarnya. Begitu juga dengan penyedia insurans, juga tidak mengetahui apakah hasil pertukaran daripada kontrak tersebut.
ii. Gharar di dalam kadar pampasan
Di dalam kontrak insurans konvesional peserta tidak mengetahui kadar pampasan memandangkan ianya bergantung kepada sesuatu kejadian yang mungkin atau tidak mungkin berlaku.
iii. Gharar di dalam hasil kepada pertukaran
Bila kontrak dibuat tidak kira penyedia insurans atau peserta tahu mengenai hasil pertukaran kontrak. Peserta tidak tahu samada mereka akan menerima pampasan hasil pertukaran kepada premium yang mereka bayar. Begitu juga dengan penyedia insurans mereka tidak tahu berapa banyakkah premium yang akan mereka terima. Kadang-kadang penyedia insurans akan menerima premium hanya sekali atau mungkin beberapa kali, tetapi perlu melindungi jumlah yang tidak setara dengan premium.
iv. Gharar di dalam tempoh masa
Mengikut sesetengah ulamak apabila sesuatu kontrak ditangguhkan, tempoh masanya hendaklah diketahui. Jika tidak kontrak dianggap terbatal (tidak sah). Situasi yang sama timbul di dalam kontrak insurans konvensional di mana pampasan adalah berdasarkan tempoh masa yang tidak diketahui.
[b] Maisir
'Maisir' juga diambil daripada perkataan Arab yang bemaksud perjudian. Kontrak insurans konvensional dikaitkan dengan perjudian di mana jika berlaku bencana, pihak penyedia insurans akan kerugian. Sebaliknya jika bencana tidak berlaku, pihak peserta pula akan kerugian. Tambahan pula sesetengah ulamak mempersoalkan tentang sumber wang yang dibayar sebagai pampasan kerana sumbernya tidak ditentukan.
[c] Riba
'Riba' diambil dari perkataan Arab yang bermaksud faedah. Terdapat banyak ayat-ayat Quran yang melarang 'riba'. Sering berlaku percanggahan pendapat di kalangan para ulamak tentang apakah sebenarnya yang dikaitkan dengan 'riba'. Sesetengah ulamak berpendapat bahawa faedah samada ke atas prinsipal atau bayaran lewat adalah 'riba'. Satu lagi bentuk riba menurut sunnah Rasulullah S.A.W. ialah elemen pertukaran barang-barang riba (ribawi) di mana terdapat perbezaan di dalam tempoh masa dan/atau kuantiti. Elemen 'ribawi yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.a.w. adalah emas untuk emas, perak untuk perak, gandum untuk gandum, barli untuk barli, kurma untuk kurma dan garam untuk garam. Betul ataupun salah dengan membuat bandingan persamaan, wang adalah hampir sama dengan emas dan perak, yang mana kaedah ini dijadikan perantaraan bagi pertukaran. Elemen ribawi inilah yang mewujudkan perbezaan di dalam kedua-dua unsur kuantiti dan jumlah di dalam kontrak pertukaran di antara penyedia insurans dan peserta. Tambahan pula para ulamak ini mempertikaikan bahawa syarikat insurans konvensional memberi pinjaman daripada premium yang diterima dan mengenakan faedah dan ini tidak dapat dinafikan lagi sebagai riba.
4. Apakah perbezaan di antara Takaful dan Insurans Konvensional?
6. Apakah keindahan Takaful?
Keindahan sistem ini ialah peserta boleh mendapat manfaat dua bentuk- pertama, keuntungan dari segi kewangan melalui skim perlindungan dan mudharabah dan kedua, "manfaat" dari segi rohaniah di mana para pemegang sijil dapat memenuhi tanggungjawab yang disyariatkan oleh agama dan tuntutan sosial melalui kaedah tabarru' yang akan diberikan kepada mereka yang menderita kehilangan sesuatu dan ditimpa malapetaka. Istimewanya sistem Takaful ini juga kerana ia tidak hanya bermanfaat kepada Muslim sahaja malah sesuai dimanfaatkan juga kepada semua golongan masyarakat dan terbuka penyertaannya kepada semua pemegang sijil, tanpa mengira pegangan agama dan kepercayaan mereka.
7. Apakah itu Al-Wakalah?
Al-Wakalah merupakan kontrak di mana peserta membenarkan pengendali untuk menguruskan hal-ehwal dana bagi pihak beliau . Menerusi kontrak ini, Takaful Ikhlas akan mengenakan yuran pengurusan untuk urusan ini , dan ianya diambil daripada Dana Akaun Ta'awuni (TAP).
(Dipetik dari laman web rasmi Takaful IKHLAS Sdn Bhd)
No comments:
Post a Comment